Tips Bisnes : Nak menang dengan pesaing, buang harga banyak-banyak!!



Assalamualaikum Selamat Malam Semua...Wooo Wooo Rileks-rileks ye, jangan terus nak hentam Jie ye. Actually Jie sedang 'memerli' peniaga-peniaga yang suka buat benda ni & malah, perangai ni dah sebati dalam hidup 'mereka'. Maksud Jie, 'bisnes' mereka.

Apa itu Buang Harga?

Meh sini Jie terangkan kepada anda tentang apa yang dimaksudkan dengan buang harga. Ataupun nak lebih sedap, 'Fenomena Buang Harga' yang sekarang ni tengah meledak-meletop-letop di Gedung Online Malaysia. Fenomena ni biasanya berlaku dikalangan peniaga-peniaga online yang baru nak menceburi bidang online business ni.
Jadi untuk penerangan yang lebih jelas & lebih senang faham, jom kita tengok 'sketsa' dibawah (sketsa ler sangat kau)
Situasi A : Tiba-tiba tercetus idea nak buat biznes online

Situasi B : Peniaga online baru cuba menjual benda yang ramai orang jual 


Situasi C : Peniaga mula buat survey harga pasaran di online




Situasi D : Peniaga 'baru' ini akan meletakkan harga jauh lebih rendah berbanding pesaing. Kononnya "aku tak kisah pun untung sikit, janji jual"


Situasi E : Peniaga lain tak puas hati peniaga 'baru' ni letak harga yang terlalu rendah. 


Mereka terus melawan & melawan harga sehingga lah berlaku perang harga yang melampau-lampau. Dan setiap 'peniaga' yang menurunkan harga akan berfikir benda yang sama, "Eh aku turun 10 sen je, okay ape"


Situasi F : 'Perang Harga' berlanjutan sehinggalah berlaku suatu fenomena yang dikenali sebagai 'buang harga'. Iaitu harga jual sama dengan harga modal.
BUANG HARGA!!!

Lihat apa yang berlaku diakhir 'sketsa' yang Jie sampaikan tadi. Last-last, barang yang dijual tu langsung dah takde untung. Kalau ada pun mungkin 10sen atau 20sen. Kemudian, barang tersebut akan pupus dari ekonomi sebab dah takde kilang-kilang nak buat 'barang' yang sudah dibuang harga tadi dah disebabkan untung yang terlalu sedikit. Anda nak ke untung 20sen?

Pengajarannya, TOLONG TOLONG DAN TOLONG janganlah kita sesekali buang harga jika anda betul-betul ingin berjaya dalam bisnes, ingin sama-sama menaikkan ekonomi negara. Jie dah nampak terlalu ramai peniaga-peniaga online melayu kita yang seronok sangat buang harga. Yang pemborong jual barang harga yang sama pada penjual kat market. Yang penjual pulak sanggup ambil untung RM5 semata-mata nak kasi barang jalan. Sedih-sedih. 

Last-last barang tu terus dah tak boleh jual. Sebaik-baiknya, kita kalau nak bersaing lebih baik kita bagi add-on / penambahbaikan pada produk kita contoh macam bagi 'hadiah' percuma untuk setiap pembelian, bagi voucher dan sebagainya. Bukan "BUANG HARGA". Baiklah sekian tips bisnes dari Jie


RENUNG RENUNGKAN..




2 comments:

  1. sis, mohon share

    ReplyDelete
  2. Rekomendasi Situs Terbesar #LIGABINTANG
    Mainkan Beragam Permainan Online di HP kamu
    -Sport
    -Togel
    -Poker
    -Tangkas
    -Sabung Ayam
    -Slot Games

    Dapatkan Bonus Hingga Jutaan Hanya Bintangwin•com
    Hubungi Kami Untuk Info Lebih Lanjut ^^
    WA : +62 822 2945 7557
    Instagram : markas_ligabintang
    Telegram : @csligabintang
    Facebook Fanspage : @MarkasLigabintangAll

    ReplyDelete

 
Copyright © Lovelys Beautys Shoppe | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in