TERMA & SYARAT



DEAR LOVELYS CUSTOMER ( ^__^ )

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membuat bayaran untuk pembelian mana2 produk yang telah saya senaraikan dalam blog ini, sila ikuti langkah berikut:

PASTIKAN anda betul2 faham etika pembelian secara online.barang hanya akan dipos mengikut jadual yang ditetapkan kecuali jika saya ada buat tambahan hari postage.Sebarang kerugian tidak akan ditanggung oleh pihak kami sekiranya pihak anda yang cuai (memberikan alamat yang salah) TQ.

TERMA DAN SYARAT PEMBELIAN
(Jika anda tidak bersetuju dengan syarat dan terma ini, mohon untuk tidak berurusniaga dengan kami. Harap maklum)



SILA FAHAMI DAN BACA TERMA/SYARAT PEMBELIAN TERLEBIH DAHULU

1. Untuk pembeli yang serius sahaja.

2. Tiada reserve. Mereka yang bayar dulu, akan didahulukan.


3. Tiada pemulangan wang bagi mereka yang membatalkan pesanan selepas pembayaran dibuat.


4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya produk rosak, hilang atau tidak diterima pelanggan selepas pengesahan penghantaran telah dibuat akibat kecuaian pihak ke-3 (POS LAJU) dan pihak anda sendiri (tiada di rumah ketika Pos Laju datang, salah alamat, penerimaan ditandatangani oleh orang lain seperti kawan, jiran, pihak kolej/pejabat).


5. Kami hanya menggunakan perkhidmatan POS LAJU untuk urusan penghantaran dan hanya urusniaga di dalam Malaysia sahaja (mohon maaf, tiada penghantaran untuk negara2 lain)


6. Masa pengeposan adalah waktu pagi setiap hari bekerja (ini bermakna pembayaran yang dibuat pada hari tersebut berkemungkinan besar akan dipos pada keesokan hari pula)


7. Pertukaran produk/pesanan pada saat2 akhir selepas pembungkusan dibuat adalah tidak dilayan (ini menimbulkan masalah kerana kebanyakan parcel dibungkus dalam plastik prabayar Pos Laju).

8. Penghantaran juga hanya akan dibuat selepas pembayaran diterima sudah disahkan (transfer dari acc bank lain mengambil masa 1-3 hari bekerja untuk disahkan/dikreditkan pihak bank).


9. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab atas segala risiko, masalah, kesan/akibat dari penggunaan produk2 jualan kami. Jadi sila pastikan anda membeli dengan kerelaan hati, tiada sebarang paksaan dari pihak kami.

10. Terma dan syarat ini mungkin diubah atau ditambah dari masa ke semasa bertujuan untuk memudahkan urusan antara pelanggan dan kami.

 
PERHATIAN:
-Sebagai pembeli/pengguna, anda dinasihatkan memahami dan membaca maklumat berkaitan produk dengan lebih lanjut dengan merujuk kepada entry yang berkaitan, terutama nya tentang cara penggunaan/pengambilan yang betul, kesan awal pengambilan produk atau info2 penting lain yang sudah diterangkan selengkapnya di blog ini.


-Hotline sms kami tidak mampu melayan/menjawab kesemua sms2 bertanyakan hal2 yang sebegini yang terlalu banyak diterima.

Anda hanya perlu sms jika ingin bertanya tentang stok produk dan untuk pemberitahuan pembayaran telah dibuat. Selain daripada ini atau untuk sebarang pertanyaan lain sila guna kemudahan email/inbox di FB Atau SMS . Harap maklum.

JIKA BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT DI ATAS, BOLEH MELAKUKAN PROSES PEMBAYARAN MENERUSI:

Sila bank in secukupnya atau lebih (kerana ATM tidak menerima nilai wang kecil : baki akan dipulangkan). Selepas bank in sila attach bukti/slip bayaran ke email kami, lovelysbeautys@gmail.com

SMS/inbox FB kepada kami maklumat berikut: nama bank, tarikh, masa, jumlah, jenis/set produk dan maklumat peribadi untuk penghantaran- nama, alamat, no.telefon penerima ke talian hotline kami,

011 2373 8535 (sila SMS sahaja).

Contoh SMS atau cara hantar pesanan ke inbox FB (ringkas tapi padat dan tepat): Sila jangan SMS detail peribadi sebelum bayaran dibuat. Maklumat yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

CONTOH ::
CIMB, 
1 SEPT, 
11:32PM, 
RM100, 
1 SET TABITA EXCLUSIVE, 
SITI NURHALIZA, 
1234 KG PEGAGA, 
JLN HJ AHMAD, 
20040 KUALA TERENGGANU, 
011-1234567
Kami akan menyemak pembayaran anda dan pengesahan akan dibuat secepat mungkin. Pengeposan hanya akan dibuat apabila pembayaran disahkan dan maklumat lengkap diterima. Sila simpan bukti pembayaran yang anda lakukan untuk semakan semula jika berlaku sebarang kekeliruan.

WAKTU URUSNIAGA 11 PAGI HINGGA 10 MALAM 


ISNIN - JUMAAT 


Pengeposan dibuat setiap hari bekerja sahaja

PENTING : SILA PASTIKAN ALAMAT YANG ANDA BERI MUDAH UNTUK 
SEBARANG URUSAN POSTAGE .

Terutamanya kepada student yang menggunakan alamat asrama/rumah sewa ^_^

TERIMA KASIH.




0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Lovelys Beautys Shoppe | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in